Mencari Jalan Laluan Lama Selangor

Catatan Julai 2020.

Kisahnya, Ayah Jo dapat closed satu projek dekat area Sekinchan, Selangor. Projek buat renovasi chalet di Parit 9, Kampung Sungai Leman, daerah Sabak Bernam.

Estimation projek 3 minggu siap. Sepanjang projek ni, Ayah Jo dengan budak - budak kena travel dari rumah hari - hari. Nak sampai sana ambik masa 1 jam lebih, ikut highway LATAR masuk Kuala Selangor, Lalu Tanjung Karang, terus sampai Sekinchan.

Sekinchan ni ada sejarah tersendiri, nak tau sebab apa dipanggil "Sekinchan", boleh baca artikel ni.

Dah hampir 2 minggu Ayah Jo dan budak - budak kerja berulang alik ke tempat kerja. Satu petang tu ajak bebudak balik Gombak ikut jalan lama. Ayah Jo plan nak ikut laluan "Ban Cannal". First time dengar nama laluan ni memang pelik. Petang tu budak2 balik jalan biasa, Ayah Jo nak explore jalan Ban Cannal.

Dari Chalet Cikgu Wawa, ambik jalan ke kanan jalan parit 9 terus ke simpang 3, Jalan Terusan Utama. Jarak lebih kurang 3 km dari Chalet tu..Sampai simpang 3 ambik arah ke kanan, kekiri ke Sungai Besar. Bagi yang nak membasah tekak leh singgah kat Restoran Lembah Bernam, tak jauh dari simpang 3 ni.

Sepanjang jalan ni leh nampak "Ban Kenal/Main Canal/Ban Cannal" sebelah kiri jalan, sebelah kanan banyak plot2 tanaman jagung, sayuran, dan sawah padi. Orang di sini panggil Terusan ni "Ban Kenal" ikut loghat jawa tempatan. Memang leh nampak paras air terusan ni lebih tinggi dari paras jalan. Kalau musim2 hujan bahaya jugak, takut air melimpah ke jalan.




Laluan Ban Kenal. 
Muslim air banjir hati2 bila guna Laluan ini. 


































Tags

Catat Ulasan

0 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.