
Lapuran media berkaitan HASIL KERJA Artikel majalah '' Hias laman '' keluaran edisi July,2013 @ by Irawati Ismail
Ogos 22, 2013
2

Melalui saranan kawan yang pernah mengunjungi rumah Muhammad Gadaffi Syed Ali, anak kepada pengusaha Jamu Mak Dara, Halimah Shuib atau lebih mesra dipanggil Ibu maka saya pun menghubungi beliau untuk meminta izin merakamkan taman di kediamannya yang terletak di Beverly Heights, Kuala Lumpur. Seperti dijangka, taman itu dijaga sepenuhnya oleh Halimah yang tinggal bersama-sama anaknya.
Menurut Muhammad Gadaffi, beliau mengupah seorang juru lanskap untuk menghasilkan sebuah taman berserta air terjun mini dan kolam ikan koi.
Mulanya hanya rimbunan pokok sepit udang memenuhi taman namun apabila ibunya mulai tinggal bersama tahun lepas, aneka jenis pokok hiasan berbunga pelbagai warna serta pokok berdaun ditanam sebaris. Antaranya adalah anthurium, ati-ati, euphorbia, ixora, bunga tahi ayam, bunga seri pagi, bunga kertas, bunga orkid, bunga melur, bunga raya, paku pakis dan seludang. Terdapat juga tanaman eksotik seperti periuk kera dan bonsai, selain pokok limau kasturi. Sesetengah pokok ditanam di dalam pasu dan digantung, di samping berfungsi sebagai tanaman penutup bumi dan menjalar.
Namun tarikan utama pada taman ini adalah kehadiran wakaf yang dibina di atas kolam ikan koi berhampiran pancuran air terjun mini. Bunyi air mengalir ditambah dengan kehadiran beberapa ikan koi bersama desiran angin dari bukit berhampiran memang sangat mendamaikan.
Tags
Terimakasih atas kepercayaan yang diberi oleh pelanggan kami [ Tuan Muhammad Gadaffi Syed Ali dan Puan Halimah Shuib ] .Sokongan anda semua amat kami hargai....
BalasPadamTerimakasih juga atas ulasan wakil wartanan IRAWATI ISMAIL dari HIAS LAMAN yang menulis rencana ini di Majalah HIAS LAMAN
BalasPadam